KUALA LUMPUR: Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik biarpun mereka gagal pada Sukan SEA 2023 di Kemboja, Mei lepas.
Pemain Terengganu FC berusia 20 tahun itu berkata ini kerana skuad muda negara sentiasa memberikan terbaik dan menyasarkan untuk menjuarai kesemua pertandingan yang disertai.
"Sudah tentu setiap kejohanan kami cuba menjuarai, realistik (layak ke final) memang realistik sebab kami cuba buat terbaik walaupun persiapan (kali ini) singkat.
"Tetapi ini satu daripada cabaran dan kami sahut cabaran ini dengan positif," katanya ketika ditemui pada hari ketiga kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan kendalian E. Elavarasan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini, hari ini.
Muhammad Ubaidullah turut menyifatkan skuad Harimau Muda mempunyai peluang melangkah ke separuh akhir selaku juara Kumpulan B yang turut dibarisi Indonesia dan Timor Leste walaupun masih dibayangi kegagalan terkandas seawal peringkat kumpulan pada Sukan SEA 2023.
"Semua pasukan ada peluang seimbang, bola itu bulat macam-macam boleh jadi dan tidak semestinya Indonesia yang juara Sukan SEA 2023 boleh ke final kali ini, kami akan berikan cabaran sengit dalam setiap perlawanan," katanya.
Kejohanan B-23 AFF 2023 yang berlangsung di Rayong, Thailand dari 17 sehingga 26 Ogos ini menyaksikan saingan Kumpulan A menghimpunkan pasukan tuan rumah Kemboja, Brunei dan Myanmar sementara Kumpulan C dibarisi juara bertahan Vietnam, Filipina dan Laos.
Pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan itu adalah menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.
Sementara itu, pemain tengah Mohd Aiman Afif Md Afizul yang merupakan kapten skuad B-23 kebangsaan pada kempen edisi 2022 berharap semua pemain memberikan komitmen untuk mencapai sasaran layak ke final, selain menganggap Malaysia berdepan laluan sukar di peringkat kumpulan.
"Setiap kejohanan memang kami sasar final, jadi semua pemain kena buat terbaik dan bagi komitmen untuk capai sasaran. Saingan kumpulan agak sukar walaupun tiga pasukan, kami kena kutip mata dalam setiap perlawanan," kata pemain Kedah Darul Aman FC berusia 22 tahun itu.
Pada masa sama, Mohd Aiman berkata Kejohanan B-23 AFF 2023 merupakan platform untuk merebut tempat dalam skuad ke pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024 bermula September depan.
Di Thailand, anak buah Elavarasan akan memulakan kempen bertemu Indonesia pada Jumaat ini diikuti aksi menentang Timor Leste (22 Ogos) dengan juara setiap kumpulan bersama naib juara terbaik akan layak ke separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023
Di Thailand, anak buah Elavarasan akan memulakan kempen bertemu Indonesia pada Jumaat ini. - Gambar fail/BERNAMA
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran lebih RM250 perlu proses e-KYC
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meletakkan had maksimum pengeluaran wang daripada Akaun Fleksibel secara terus adalah RM250 sahaja sehari.
Tiga klinik kesihatan daif di Sabah siap dinaik taraf
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata,kini berbaki 25 lagi klinik kesihatan daif di Sabah masih dalam proses baik pulih.
PUSPEN kedua Sabah dibina di Tawau
Sebuah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) baharu bakal dibina atas tapak keluasan 12 hektar di Batu 36, Tawau, Sabah.
Pelaksanaan program TVET kekal dikendali 12 kementerian - Ahmad Zahid
Program TVET yang dilaksanakan dengan kerjasama 12 kementerian dan agensi kerajaan perlu dikekalkan.
Tidak rela dikhianati lagi, Warisan ketengah calon setia dalam PRN17
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata budaya politik tidak sihat terhadap parti itu bukan hanya melibatkan perjanjian antara calon dan parti malah membabitkan sumpah calon atas nama Allah.
Tagal reda, bersyukur anak meninggal ketika berkhidmat untuk negara
Bapa mendiang Mutang Tagal, Tagal Padan reda seorang lagi anaknya meninggal dunia ketika berkhidmat untuk negara.
PMX, Presiden Azerbaijan bantu bawa pulang Mutang ke Malaysia
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkongsi komunikasi beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung usaha membawa pulang Datul Mutang Tagal yang jatuh sakit di Azerbaijan.
Majlis penghormatan terakhir mendiang Mutang Tagal
Jasad yang DiPertua Dewan Rakyat Datuk Mutang Tagal dibawa ke Gereja Bem, Jalan Airport Miri bagi upacara penghormatan terakhir.
401 projek naik taraf klinik dan fasiliti kesihatan sedang disiapkan - Dr Dzulkefly
Sebanyak 401 projek melibatkan menaik taraf klinik dan fasiliti kesihatan daif di seluruh negara sedang disiapkan pada tahun ini.
Aepul Roza akui tumpang publisiti, populariti libatkan kontroversi artis
Jelas Aepul, langkah yang diambil tepat dengan situasi yang menggemparkan industri seni tempatan jika memandang dari aspek perniagaan dan bisnes.
Skuad B-23 negara jalani pemulihan selepas tumbangkan China
Skuad B-23 negara mencuri tumpuan apabila menewaskan China 1-0 dalam aksi persahabatan tertutup di Shanghai semalam.
Skuad B-23 perlu ada minit permainan yang cukup - Elavarasan
Minit permainan amat penting dalam memastikan skuad Harimau Muda mampu memberi tentangan sengit dalam saingan peringkat kumpulan.
Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat
Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.
Saravanan curi tumpuan bantu Harimau Muda 'ratah' Singapura 7-0
T. Saravanan mencuri tumpuan apabila meledak empat gol dan melakukan satu bantuan jaringan sekali gus muncul penjaring terbanyak skuad Harimau Muda.
Vietnam 'hantar' Harimau Muda pulang awal
Kekalahan itu menafikan hasrat menggunung skuad B-22 kebangsaan bimbingan E. Elavarasan untuk mara ke peringkat separuh akhir.
Sasaran ke final skuad Harimau Muda di Kemboja kekal meski diundi dalam kumpulan 'maut'
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menganggap undian itu adalah yang terbaik buat Harimau Muda.
Sukan SEA Hanoi: Skuad B-23 gagal bawa pulang pingat gangsa
Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan pulang dengan tangan kosong, selepas tewas kepada Indonesia 3-4, dalam penentuan sepakan penalti.
Sukan SEA: Kim Swee sedia pendekatan berbeza terhadap Timor Leste
Datuk Ong Kim Swee desak pemainnya untuk tidak membahayakan peluang itu dan memberi tumpuan penuh untuk muncul di tangga kedua Kumpulan A.
Kim Swee cari kombinasi terbaik di China demi hadapi Sukan Asia
Pengendali skuad B-23 kebangsaan itu menegaskan beliau mahu melihat peningkatan corak permainan 22 pemain dibawa ke China.
Gary bakal jalani latihan bersama kelab gergasi Jerman
Bekas pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat yang kini digantung daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak selama tiga bulan oleh FAM bakal menjalani latihan bersama kelab Borussia Dortmund.